Akaun maahadbaiturrahman.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

DANA DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA SURAU & MAAHAD PENGAJIAN UNTUK MANFAAT UMMAH

DANA DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA SURAU & MAAHAD PENGAJIAN UNTUK MANFAAT UMMAH

Jom Sama Sama Berada Dalam Usaha Agama Untuk Kebaikan Ummah ini
Berlumba lumba Dalam Kebaikan Berinfaq Untuk Saham Akhirat Berkekal Sehingga Akhirat


‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).



Maahad Baitur Rahman diasaskan oleh Us. Ahmad Muzani Bin Abd. Rahman. Nama Baitur Rahman diambil sempena ayahanda Ustaz Muzani iaitu Tuan Guru Abd. Rahman bin Jaafar. Pecah tanah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang. Tapak projek ini terletak Maahad Baitur Rahman Lot2555, Surau Baitur Rahman Kg Banggol Donas Manir, 21200 Terengganu.




Maahad Baiturrahman pada awalnya diasaskan bagi memberikan pengajian fardu ain kepada anak-anak dan warga emas. Setelah saban tahun berlalu, maka ramai daripada para penuntut yang ingin belajar secara sistematik serta ramai juga mereka yang menyumbang bagi membangunkan sebuah maahad. maka maahad baiturrahman bakal ditubuhkan di tanah lot ini di Banggol Donas pasti akan memberikan manfaat yang besar kepada anak-anak dan umat islam seluruhnya.

 

                                                                        

Pelan ilustrasi rekaan Surau dan Maahad Baiturahman 
 




Majlis Pecah Tanah Maahad Baiturrahman yang dilaksanakan oleh YB Dato Seri Tuan Guru Hadi Awang dan penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus pada 29.8.2019.



\

KERJA-KERJA PEMBINAAN GIAT DIJALANKAN TETAPI MASIH KEKURANGAN DANA YANG DIPERLUKAN. 
Tuan Puan, boleh like dan ikuti fb pages Maahad Baiturrahman untuk mengikuti perkembangan pembinaan terkini dengan tekan pautan ini : https://bit.ly/3myVNm8


Bayangkan apabila pondok pengajian islam dan masjid ini sudah beroperasi setiap amal ibadah daripada anak -anak tahfiz dan ahli kariah setempat... belajar dan mengaji al quran, hafal al quran dan hadis, buat perkara baik sehingga la sudah berjaya jadi ustaz atau ulama...pahala daripada waqaf/sumbangan, akan anda dapat secara berterusan walaupun anda sudah tidak ada. Dapat jadi pembela anda di alam kubur dan di akhirat, in sha allah.



Sumbangan yang anda sumbangkan tersebut akan anda jumpa balik diakhirat kelak bantu anda saat kesusahan kerana di dunia anda belaja sebahagian harta ke jalan untuk agama Allah.



Dan orang yang bersedeqah Allah beri jaminan hartanya akan diberkati dan tak akan berkurang malah dilipat kali ganda.

ما نقصت صدقة من مال وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)



Harta adalah amanah Allah. Allah nak uji kat mana kita spent harta. Di jalan kebaikan kah atau sebaliknya. Lalu bantulah dengan melabur dijalan kebajikan, CONFIRM ada ganjaran dan itu janji Allah bukan seperti janji manusia.



Alangkah bahagiaanya lagi sekiranya duit yang anda beri sumbangan/waqaf itu niat ikhlas untuk ibu dan ayah yang masih hidup atau sudah pergi. In sha allah, mereka dapat pahala secara berterusan ibarat air sungai yang terus mengalir...



Anda mesti nak jadi anak yang soleh solehah kan ?


إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." 



Boleh niat beri sumbangan untuk ahli keluarga atau mak ayah yang sudah meninggal dunia. In sha allah pahala tersebut akan tetap mengalir membantu dan menemaninya di alam kubur.



SUMBANGAN YANG MASIH DIPERLUKAN RM600,000

Dana yang diperoleh akan digunakan bagi membiayai kos:
  • Fasa pembinaan Surau Baitur Rahman - 20% selesai Anggaran = Rm500,000 Kewangan Sekarang = rm50,000 
  • Fasa pembinaan maahad - 2 bangunan 1. Bangunan 2 tingkat 2. Bangunan 3 tingkat - fasiliti tambahan - pengurusan maahad 



Pemberian yang anda bakal hulurkan sebentar lagi bakal menjadi saham di akhirat sana in shaa Allah.  Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diredhai oleh Allah SWT dan juga sumbangan kita menjadi asbab lahirnya  generasi yang mengamalkan dan menyebarkan Islam di masa akan datang, AMIN




NOTA PENTING : AKAD WAQAF


Untuk teruskan beri sumbangan waqaf, mohon dibacakan sekali akad waqaf seperti di berwaqaf atas nama dibawah :



" Saya dengan ini berwaqaf sebanyak ( Jumlah wang yang diwaqafkan ) atas nama ( niat waqaf atas nama siapa ) salurkan untuk kos pengurusan pembinaan Surau dan Maahad Baiturrahman di Kg Banggol, Manir, Kuala Terengganu kerana Allah swt "



Selepas membaca akad ini,  boleh terus lengakapkan borang dibawah dan buat pembayaran secara online. 




Penafian: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.




Jom Bina  Mahligai Indah DI Syurga Abadi


عن جابر بن عبدالله، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من بنى مسجدا لله، كمفحص قطاة، أو أصغر، بنى الله له بيتا فى الجنة. {رواه الإمام ابن ماجه}

Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda siapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga.



" Jangan tangguh dalam berbuat kebaikan kerana belum tentu esok kita boleh buat kebaikan tersebut "

Jangan tangguh buat kebaikan, takut esok tiada kesempatan.

Usah beralasan untuk buat amal, kita tak tahu bila nak meninggal.

Nak sedekah jangan dok tunggu kaya nanti, sebab hari ni atau esok mungkin kita dah mati.


Setidaknya kita ada bersama dalam usaha - usaha untuk bantu agama Allah sekiranya ditanya diakhirat kelak apa usaha kita terhadap agamaNya.



Sekiranya ada pertanyaan berkenaan Surau dan  Maahad Baitturrahman ini boleh hubungi di no dibawah 


NOOORAHMAD HAKIM

0109120524


Atau tekan link whatsapp dibawah

https://maahadbaitturahman.wasap.my